Tuesday, 3 March 2015

EMOSI IBU BERPANTANG





Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita sikit tentang berpantang.. Alhamdulillah.. Allah izinkan ibu 5 kali melalui proses bersalin dan berpantang (4 kali normal dan sekali c-sec).  Cerita tentang bersalin ni nantilah ada kelapangan ibu tuliskan ya.. Hari ni rasa nak cerita tentang berpantang. Bagi ramai orang, proses berpantang ni satu yang normal yang perlu dilalui oleh semua ibu yang telah melalui proses melahirkan sama ada secara normal ataupun caesarean. Ada juga yang kena berpantang atas sebab2 kesihatan yang lain. Apapun, bagi ibu berpantang selepas melahirkan ini, ianya adalah sesuatu yang sangat istimewa dan perlu diraikan dan dihormati oleh semua pihak terutama para suami. Kenapa istimewa? Dan kenapa ianya sangat penting bagi semua ibu berpantang? Tak kira lah sama ada ibu ini melahirkan setiap tahun/ jarak 2@3 tahun sekalipun, ibu telah berjuang mempertaruhkan nyawa dan menahan kesakitan yang tak dapat dibayangkan dengan kata-kata ketika melahirkan zuriat ke dunia. Bahkan ketika hamil juga ibu berjuang menanggung 'morning sickness, keletihan, kesakitan fizikal, dan dalam masa yang sama menjalankan rutin harian dengan tersenyum bangga berkhidmat untuk keluarga dan majikan.

Oleh sebab itu, ibu2 ini harus dihargai dan dilayan bak puteri sepanjang tempoh dia berpantang supaya kesihatannya kembali pulih dan ibu dapat terus berbakti kepada suami, anak2, ahli keluarga dan masyarakat. Hakikatnya, ramai para suami memandang ringan perkara ini. Proses berpantang dianggap perkara biasa. Bila nampak isteri mula bertenaga, dianggapnya telah sihat sepenuhnya walhal si ibu sedang membuat dirinya 'nampak kuat'. Ibu-ibu biasanya pun bukan minta layanan bak puteri, tapi cukuplah perhatian yang diberikan dengan bertanya khabar, urutan manja, bertanya keperluannya, sentiasa memberikan sokongan terutamanya dalam usaha ibu menyusukan bayi sepenuhnya serta sentiasa membuat ibu gembira sama ada dari segi perlakuan mahupun perkataan. Ibu ini mungkin fizikalnya nampak kuat dan hebat tapi hakikatnya dia mempunyai jiwa yang sangat halus. Sila ambil perhatian ya en ayah sekalian.. cuba tengok2 lah cinta hati anda tu kot2 tengah memendam perasaan. Jangan dibiarkan, boleh meroyan nanti..

Apapun ibu bangga dan bersyukur apabila hubby ibu sentiasa ada ketika ibu berpantang. dari anak pertama memang ibu berpantang sendiri dan suami ibu memang seorang ayah yang sangat penyayang dengan anak2.. nampak kasar luarannya tapi pandai menguruskan bayi dan anak2 kecil..terima kasih sayang..

Ok, sekian dulu bebelan ibu. Dh dekat tengahari ni, nak masak lauk berpantang untuk diri sendiri.. Jumpa lagi dalam next entry...bye..

No comments:

Post a Comment